Monday 8 April 2013

Kek Batik Simple (Serius Simple!)


Tahap Kesusahan :
Terlalu senang!

Kaedah Masakan :
Atas api dan masuk peti ais

Anggaran Masa :
Dalam 10 minit pun boleh siap

Bahan:
Biskut Marie 2 bungkus (tak kisah flavour ape)
Milo (satu paket kecil)
Buttercup (sebuku)
Susu Pekat
Air

Cara Kerja:

  1. Cairkan butter dalam kuali. Masak atas api. Rajin-rajin kacau OK!
  2. Bila butter dah cair sepenuhnya, masukkan milo yang dah dibancuh dengan air. Air boleh letak ikut suka nak banyak mana. Kalau nak kek batik tu ,macam basah sikit (moisture) lebihkan air. Jangan sikit sangat, nanti tak cukup nak dimandikan dekat biskut marie. Macam kedekut pulak rasa. *peace* Pastikan tangan anda tak pernah berhenti mengacau bancuhan tu (kacau sentiasa)
  3. Kemudian, tuang susu pekat. Ikut citarasa nak banyak mana. Nak manis, letak lebih. Kalau tak, secukup rasa je. Sambil tuang sambil kacau tau! Sebab kita nak 'mereka' tu betul-betul mesra~!
  4. Lastly, masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan (bukan dihancurkan tau!). Gaul bagi rata dengan bancuhan kita tadi. Jangan masak lama sangat, nanti lembik tak sedap. Agak-agak dah sebati, semua biskut marie tu dah bersalut, boleh lah tutup api.
  5. Transfer kan hasil kerja anda tadi dalam bekas/tupperware/loyang. Kalau nak senang keluarkan kek ni, lapik dengan plastik (plastik bungkus nasi lemak). Lepas dah isi dalam bekas, tekan-tekankan dia biar padat.
  6. Seterusnya, masukkan dalam peti ais dan biarkan sejuk. Sekejap je. Lepas sejam dua dah boleh makan dah.

Nota Kaki:

  1. Bancuh milo dengan air sebab kita nak mudahkan dia bergentel dengan butter. Kalau main masuk je milo lepas butter dah cair, mereka takkan sebati (ni kisah benar, dari pengalaman sendiri). Tak percaya?! Cuba Try Test Tengok~! =P
  2. Kalau rasa 2 paket biskut marie tu macam banyak sangat, boleh kurangkan semua jadi separuh. Yang ni portion untuk sebuku buttercup. TAPI, percayalah! kalau cutdown semua jadik separuh, takkan cukup punya. Sedap kot! =)

See, serious simple kan?! Bahan tak banyak, nak buat pun sekejap, perut pun kenyang.

Anyway, selamat merasa!
(n.n)v 

Chocolate Cheese Cake

Resepi Asal:
credits to : Choc Cheese Cake.

Tahap Kesusahan :
Tak Susah pun. Sangat digalakkan untuk orang yang first time nak cuba buat kek.

Kaedah Masakan :
Kukus

Anggaran Masa :
Penyediaan tak sampai 15 minit. Part kukus tu yang makan masa. Tahap kesabaran medium diperlukan.

Bahan:


Choc Layer: 
1 cawan serbuk koko*
1 cawan gula halus*
1 cawan susu cair*
1 cawan minyak masak*
1 cawan tepung naik sendiri (saya pakai brand bluekey)
3 biji telur gred A



Cheese Layer:
250g cream cheese (saya pakai brand TATURA)
60g gula halus**
25 ml air**
25g tepung gandum**
1 biji telur (tak kesah gred ape)



Cara Kerja:

Choc Layer



  1. Panaskan pengukus.
  2. Semua bahan (*) untuk choc layer ni, masukkan dalam periuk, masak kejap atas api. Kacau selalu supaya tak bergentel. Lepas dah sebati, biarkan sejuk kejap.
  3. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit, kacau sebati.. (pakai whisk je)
  4. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sampai sebati.
  5. Next, griskan loyang dengan marjerin (supaya kek tak melekat and senang nak keluarkan bila dah masak). Tuang separuh choc tadi ke dalam loyang. Kadar ketebalan ikut suka hati. Kukuskan.
Nak tahu dah masak ke tak, boleh cucuk kek tu dengan lidi/garpu. Kalau lepas cucuk ada yang melekat dekat lidi/garpu, maka belum masaklah tu. ATAUPUN, bila tekan dengan belakang sudu/garpu, dia dah pejal/keras. Dah masak la tu. (ni bagi mereka yang tak mahu mencacatkkan rupa bentuk kek dengan lubang-lubang yang tak sepatutnya ada). Selalunya first layer memang cepat masak, tapi bergantung jugak dengan kadar kekuatan api anda semua. Sambil tunggu first layer tu masak, boleh buat cheese layer pulak.



Cheese Layer
  1. Cream cheese, gula, tepung gandum dan air dipukul bersama sehingga sebati.
  2. Bila dah sebati, masukkan telur yang sebiji tadi. Pukul lagi.
  3. Siap dah cheese layer.
  4. Tuang cheese layer ni ke dalam loyang, lepas first layer (choc tadi tu) dah masak. Tuang semua.
  5. Lepas cheese ni dah masak (pejal/keras), boleh tuangkan pulak lebihan choc tadi.
  6. Maka dengan ini, siaplah CHOCOLATE CHEESE CAKE yang sedap ni.

Bukti Hasil Kerja

soalan yang saya selalu dapat bila ada orang mintak resepi kek sedap ni:
"kalau pakai telur gred B/C/D/E, nak pakai berapa bijik?"
Maka dengan ini, saya pun mengisytiharkan: 
    • Gred A dan B = 3 biji
    • Gred C dan D = 4 biji
    • Gred E = 5 biji

Nota Kaki:

  • Bila bagi kawan-kawan rasa, dorang cakap rasa kek ni macam WHITE-DARK CHOCOLATE CHEESE SECRET RECIPE
  • lepas kek dah sejuk, untuk keluarkan kek, hentakkan dulu beberapa kali supaya kek tu tak melekat dekat loyang (tadikan dah sapu marjerin)
  • berganda-ganda sedapnya kalau makan kek ni lepas dia bersemadi dalam peti ais. (sejukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam pun ok!)


Terima Kasih kepada tuan empunya resepi. *applause*


Kata-Kata Starter


** kelentang-kelentung (?!) Apakah ?! **

ok.. I know it sounds weird..
well, creativity has no boundary.. (right?!)
just wanted you to know (if you want to know-lah)
me really do LOVE cooking..
cooking is like..........
EXPERIMENTING to me!
yeah, thats right!
COOKING is part of EXPERIMENTING (my new quote <3)
kan orang selalu cakap, belom cuba belom tahu..
that's why saye cuba, so, saye tahu.. (n.n)v

I love to eat, but I am a picky eater..
That's why I love to cook!
so, I get to eat what I want to eat..
without having people around me, membebel about my picky-eater thing (face-palm!)

and, that's a lil' of the introduction...
can't wait to get started!
daaaa~!

p/s:
why kelentang-kelentung.. ?!
that the sound I made when I'm in my dungeon (my dapor)..
tak paham?! alah... bunyik periuk kuali belanga berlaga dengan sudip senduk tu semua?!
do you get the idea now?! you do?!
then you're COOL!  (n.n)v