Monday 8 April 2013

Chocolate Cheese Cake

Resepi Asal:
credits to : Choc Cheese Cake.

Tahap Kesusahan :
Tak Susah pun. Sangat digalakkan untuk orang yang first time nak cuba buat kek.

Kaedah Masakan :
Kukus

Anggaran Masa :
Penyediaan tak sampai 15 minit. Part kukus tu yang makan masa. Tahap kesabaran medium diperlukan.

Bahan:


Choc Layer: 
1 cawan serbuk koko*
1 cawan gula halus*
1 cawan susu cair*
1 cawan minyak masak*
1 cawan tepung naik sendiri (saya pakai brand bluekey)
3 biji telur gred A



Cheese Layer:
250g cream cheese (saya pakai brand TATURA)
60g gula halus**
25 ml air**
25g tepung gandum**
1 biji telur (tak kesah gred ape)



Cara Kerja:

Choc Layer



  1. Panaskan pengukus.
  2. Semua bahan (*) untuk choc layer ni, masukkan dalam periuk, masak kejap atas api. Kacau selalu supaya tak bergentel. Lepas dah sebati, biarkan sejuk kejap.
  3. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit, kacau sebati.. (pakai whisk je)
  4. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sampai sebati.
  5. Next, griskan loyang dengan marjerin (supaya kek tak melekat and senang nak keluarkan bila dah masak). Tuang separuh choc tadi ke dalam loyang. Kadar ketebalan ikut suka hati. Kukuskan.
Nak tahu dah masak ke tak, boleh cucuk kek tu dengan lidi/garpu. Kalau lepas cucuk ada yang melekat dekat lidi/garpu, maka belum masaklah tu. ATAUPUN, bila tekan dengan belakang sudu/garpu, dia dah pejal/keras. Dah masak la tu. (ni bagi mereka yang tak mahu mencacatkkan rupa bentuk kek dengan lubang-lubang yang tak sepatutnya ada). Selalunya first layer memang cepat masak, tapi bergantung jugak dengan kadar kekuatan api anda semua. Sambil tunggu first layer tu masak, boleh buat cheese layer pulak.



Cheese Layer
  1. Cream cheese, gula, tepung gandum dan air dipukul bersama sehingga sebati.
  2. Bila dah sebati, masukkan telur yang sebiji tadi. Pukul lagi.
  3. Siap dah cheese layer.
  4. Tuang cheese layer ni ke dalam loyang, lepas first layer (choc tadi tu) dah masak. Tuang semua.
  5. Lepas cheese ni dah masak (pejal/keras), boleh tuangkan pulak lebihan choc tadi.
  6. Maka dengan ini, siaplah CHOCOLATE CHEESE CAKE yang sedap ni.

Bukti Hasil Kerja

soalan yang saya selalu dapat bila ada orang mintak resepi kek sedap ni:
"kalau pakai telur gred B/C/D/E, nak pakai berapa bijik?"
Maka dengan ini, saya pun mengisytiharkan: 
    • Gred A dan B = 3 biji
    • Gred C dan D = 4 biji
    • Gred E = 5 biji

Nota Kaki:

  • Bila bagi kawan-kawan rasa, dorang cakap rasa kek ni macam WHITE-DARK CHOCOLATE CHEESE SECRET RECIPE
  • lepas kek dah sejuk, untuk keluarkan kek, hentakkan dulu beberapa kali supaya kek tu tak melekat dekat loyang (tadikan dah sapu marjerin)
  • berganda-ganda sedapnya kalau makan kek ni lepas dia bersemadi dalam peti ais. (sejukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam pun ok!)


Terima Kasih kepada tuan empunya resepi. *applause*


No comments:

Post a Comment